Followers

Wednesday, 7 March 2012





ini ialah kak kiera dan reda.nie gambar masa on the way nak g kampung jepak.hehe.dua orang akak baik dgn saya.dia banyak bagi saya idea.hehe..akak berdua nie ambik diploma perhutanan.sekarang dia umur 20..hehe

Saturday, 3 March 2012

MENCARI JODOH MENURUT ISLAM


Posted Under 
| Written by Hazman | Komen Anda
Salam sejahtera,
Berbual tentang jodoh dengan rakan sekerja. Ramai muda-mudi yang sudah berumahtangga, yang sedang dilamun cinta dan tidak kurang pula yang telah berpisah. Ramai yang kawin muda seawal 20-an, yang kahwin lewat selewat 40-an / 50-an dan tidak kurang pula yang tidak berkahwin. Apa masalah mereka? Kadang-kala kita tengok di alam realiti, mereka yang tidak berkemampuan namun mahu terus berumahtangga, sebaliknya yang berkemampuan tiada nilai disisi lelaki/wanita. Ada pula yang sudah berumatangga bermain kayu tiga. Banyak persoalan kepada situasi tersebut. Apa pun persoalannya, saya ingin Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam.
Ramai sekali muda-mudi yang hidup dalam dilema tentang soal jodoh. Pasti ramai yang sudah mulai bosan untuk menjawab soalan dan ayat seperti "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya.
Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam  iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:
Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:
Do'a Putus Cinta
Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. Hakikatnya datang dari Allah jua. Saya akan bertemu para pembaca lagi untuk ulasan lanjut tentang jodoh. Insya Allah.

Friday, 2 March 2012

saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang laptop lenovo series z460 ini.saya beli dengan harga agak murah jika nak dibandingkan jenama yang mempunyai intel corei5.harga yang saya dapat bawah dari RM2000.
laptop ini mempunyai sound kad dolby,dan garafik kad nvidia with cuba.jika anda tengok movie laptop ini mampu mengeluar bunyi yang dan paparan HD.bergantung jenis dvd lh.laptop ini x berapa sesuai untuk game kerana grafik kadnya hanya untuk paparan 3D dan HD sahaja.jika main game hendaklah tidak lebih dari setengah jam.kerana game yang terbaru dipasaran terlalu berat dan memyebabkan mother board menghasilkan haba yang tinggi.anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melayari laman web ini www.lenovo.com.


aku  x hensem,tapi aku ad lesung pipit..hehe..xde ah..saje je bergurau..haha..ini gambar kenangan aku bersama team tokek..walaupun x main jadi simpanan da ok..haha..best dapat join tokek bersama member rapat satu kos..haha..

Wednesday, 29 February 2012

moto impianku

BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.
BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.

BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 200 unit bagi motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250R yang baru dilancarkan semalam.

Ketua Pengarah Pemasarannya, Hitoshi Yamazaki berkata model 250cc itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dan dijangka mengukuhkan lagi penguasaan pasaran motosikal keluaran syarikat permotoran terunggul tanah air itu.


“Model ini dikeluarkan berikutan permintaan tinggi terhadap motosikal berkuasa tinggi terutama model CBR dan saya yakin ia akan mendapat sambutan yang baik di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran di Litar F1 Sepang, semalam.

Yamazaki berkata, model motosikal itu akan berada di pasaran mulai bulan depan dengan harga RM18,799 seunit bagi model standard dan RM21,799 bagi model ABS.


Menurutnya model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.


“ABS diperkenalkan dalam model CBR250R ini bagi memenuhi kepuasan pelanggan disamping meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan penunggang,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Shoichi Harada.

http://shopap.lenovo.com..maklumat tentang notebook lenovo..kualiti terbaik..setanding dengan harganya boleh tahan juga..simple and fun..cuba lh tgk....