Followers

Wednesday, 29 February 2012

moto impianku

BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.
BERKUASA TINGGI...Honda CBR250R bakal menjengah pasaran awal bulan depan.

BOON Siew Honda Sdn Bhd menyasarkan jualan tahunan sebanyak 200 unit bagi motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250R yang baru dilancarkan semalam.

Ketua Pengarah Pemasarannya, Hitoshi Yamazaki berkata model 250cc itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dan dijangka mengukuhkan lagi penguasaan pasaran motosikal keluaran syarikat permotoran terunggul tanah air itu.


“Model ini dikeluarkan berikutan permintaan tinggi terhadap motosikal berkuasa tinggi terutama model CBR dan saya yakin ia akan mendapat sambutan yang baik di negara ini,” katanya pada majlis pelancaran di Litar F1 Sepang, semalam.

Yamazaki berkata, model motosikal itu akan berada di pasaran mulai bulan depan dengan harga RM18,799 seunit bagi model standard dan RM21,799 bagi model ABS.


Menurutnya model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.


“ABS diperkenalkan dalam model CBR250R ini bagi memenuhi kepuasan pelanggan disamping meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan penunggang,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Shoichi Harada.

http://shopap.lenovo.com..maklumat tentang notebook lenovo..kualiti terbaik..setanding dengan harganya boleh tahan juga..simple and fun..cuba lh tgk....
kekadang kita sering hanyut dengan kemewahan dan kelapangan masa yg di tuhan ubah merubah nasib kita menjadi lebih baik dari semalam,sedang ibu bapa sering berdoa kebahagian kepada kita setiap kali solat.terlalu banyak yang mereka ingin minta kpd allah..tetapi dalam doa mereka mengharapkan kita berjaya dunia dan akhirat..aku dengan rasa rendah diri menulis pada dinding ini untuk mengabadikan kata-kata ini dengan harap akan menyedarkan diri aku jika hanyut atau terlupa hakikat diri.aku harap teman-teman dapat turut serta mengejar kejayaan bersamaku.jika aku terjatuh bantulah aku untuk berdiri meneruskan perjalanan yang panjang...

Tuesday, 28 February 2012

hari ini 29/2/12

penat dan ngatuk...harap xde ah yg bnde halang aku utk stdy hari nie...

hari ini 29/2/12

penat dan ngatuk...harap xde ah yg bnde halang aku utk stdy hari nie...
ssss

Surat buat sahabat

sahabat..
ku mengenalimu saatku kehibaan...
saat itu,
aku bsandar di bahu kehidupanmu,
menumpang kasih, berkongsi warna ceriamu..
sahabat,
saat itu pelangi senja tiba tanpaku
duga warnanya..
adakalanya merah, adakalanya
indah...
namun kau teguh berdiri tanpa lelah,
mghibur saat gundah...mencipta mekar bunga
kehidupan..
sahabat,
saat ini pula waktu terus bganti...
meninggalkan sisa mesra...
bganti dan terus bganti..
memerangkap waktu antara kau dan aku...
dan kini...
tiada lagi sapaan mgusik manja,
dan kini ku kehilangan watak dan tawamu..
yang dulu mgerti rasa,
sahabat...
kini ku rindu akan saat itu,
namun bila waktu menjengah usia,
maafkanku atas segala duka...
dan bukan niatku mengutus rasa...
cuma sekadar bicara bahasa...
mengisi ruang kenangan antara kita....
 
http://tamanhatifirdausi.blogspot.com/